Siapakah Wukong?

2024-08-21 15:38:12  CRI
Share with:

Pulang dari kerja semalam, Satria tak sempat bermain Black Myth: Wukong di PS5. Sama seperti Satria, ramai kawan telah memberi tumpuan kepada permainan ini selama empat tahun. Maka, apabila permainan ini dirasmikan pada pukul 10 pagi semalam, ia telah berjaya menarik lebih 1 juta pemain dalam platform steam, sehingga membuatkan ramai masyarakat asing terkejut dan bimbang sekiranya steam menghadapi masalah teknikal.

 

Difahamkan, sehingga malam semalam, permainan tersebut telah berjaya menarik 2.2 juta pemain dalam platform Steam saja, sekaligus menjadikan Black Myth : Wukong sebagai permainan kedua paling popular dalam sejarah. Disebabkan itu, ramai pemain di seluruh dunia tertanya-tanya, siapakah Wukong?

 

Sebelum permainan ini dirasmikan, ada satu peristiwa lucu dimana, ada seorang pempengaruh media sosial dalam bidang permainan dalam talian menyatakan bahawa dia tidak boleh mendedahkan mengenai ‘bos’ terakhir kerana telah memeterai kontrak kawalan rahsia, namun dia hanya boleh mendedahkan sedikit maklumat iaitu ‘bos’ terakhir ini membawa seekor anjing yang sangat hebat.

 

Namun tanpa disangka-sangka, maklumat yang dikongsikannya itu seakan-akan memberi jawapan kepada netizen China. Ini kerana, masyarakat China tahu, dewa yang membawa seekor anjing adalah Erlang Shen.

 

Bagi kawan-kawan dari Asia Timur, pastinya dapat tahu mengenai Wukong menerusia novel klasik China, yang diterbitkan pada 1952 iaitu “Jelajah ke Barat”. Malah drama TV “Jelajah ke Barat” yang diterbitkan pada 1986 turut popular di Jepun, Vietnam dan pelbagai negara lain.

 

Hakikatnya, bagi yang berada di Barat, ini mungkin kali pertama mereka mengetahui mengenai kisah ini dan mencuba permainan 3A dari China, sekaligus timbul minat untuk menyelidik buku klasik China, bagi memahami dengan lebih mendalam, latar belakang dan watak yang muncul dalam permainan tersebut.

 

Satria sangat gembira kerana melihat begitu banyak perbincangan mengenai Black Myth : Wukong di platform-platform media sosial asing. Sebab Satria juga dapat belajar mengenai budaya dan sejarah Mesir, Yunani, Parsi bahkan Jepun, ketika bermain permainan berkenaan. Ini merupakan sebahagian daripada keseronokan ketika bermain sesuatu permainan, khususnya yang mengetengahkan budaya dan sejarah sesebuah negara.

 

Dengan menghayati pelbagai budaya berbeza melalui permainan barulah mencerminkan penghargaan terhadap kepelbagaian, bukannya dengan “memaksa” watak seekor monyet yang lahir dari batu untuk mempunyai 72 jenis kelamin.

 

Setiap pemain pula boleh belajar dan mencipta fahaman sendiri menerusi permainan tersebut. Misalnya, melihatkan kepada computer grafik pembukaan permainan Wukong yang berjaya menamatkan misi melindungi Sami Tang dalam penjelajahan ke Barat, memperoleh kitab Buddha dan memilih untuk kembali ke kehidupan yang sebenar bersama-sama monyet muda di Bukit Huaguo. Ada juga memaparkan bagaimana Istana Langit menghantar pasukan untuk menghapuskan Wukong dan monyet-monyet tersebut. Justeru ada netizen yang melihat ini seakan-akan hubungan China dengan Barat. Sekiranya mengikut “tata tertib” yang diwujudkan oleh Barat, pasti tidak akan berdepan masalah, malah diberikan penghargaan seperti G2. Namun, sekiranya China memilih jalan sendiri, pasti akan dihalang.

 

Budaya China mempunyai sejarah selama 5,000 tahun dan patut diketahui oleh seluruh dunia menerusi pelbagai saluran. Namun, hakikatnya bagi dunia Barat, fahaman budaya Jepun lebih dikenali berbanding budaya China.

 

GAME SCIENCE yang merupakan syarikat pengeluar Black Myth : Wuking, ketika ditanya oleh media, kenapa baru sekarang muncul permainan pertama yang berjaya di pasaran antarabangsa, sedangkan China mempunyai banyak budaya dan cerita yang sesuai dijadikan konsep permainan, juru cakap GAME SCIENCE berkata, permintaan teknologi sebenarnya amat tinggi untuk mengeluarkan permainan 3A. Ia memerlukan “A lot of money”, “A lot of resources” dan “A lot of time”. Hingga kini, syarikat dan pasaran China sudah sedia untuk mengeluarkan permainan 3A, dalam usaha untuk menceritakan budaya China kepada dunia.