AS Didesak Hentikan Hasutan di LCS

2024-08-21 15:31:00  CRI
Share with:

Langkah yang diambil China dalam membela kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim setelah kapal Pengawal Pantai Filipina (PCG) menyerbu secara melulu ke perairan terumbu Xianbin  di kepulauan Nansha,  adalah rasional, sah dan sama sekali tidak boleh dipertikaikan.


Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang media Selasa.


Menurut beliau, sebagai pihak yang tidak terkait secara langsung dalam isu Laut China Selatan (LCS), Amerika Syarikat (AS) tidak berhak melibatkan diri dalam masalah antara Filipina dengan China, tidak boleh mencabul kedaulatan dan menjejaskan kepentingan China di perairan berkenaan dengan berdalih "Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina".


Washington didesak menghentikan hasutannya, yang dilihat boleh menjadikan kestabilan serantau terjejas dan meruncingkan lagi ketegangan.