Pendaftaran Media Dibuka untuk CIFTIS 2024
2024-08-21 17:25:25 CRI
Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan (CIFTIS) 2024 bakal diadakan di Beijing pada pertengahan bulan September. Menurut jadual kerja terbabit, sistem pendaftaran media akan dibuka kepada wartawan bermula hari ini hingga 29 Ogos.
Warga media boleh melayari laman sesawang rasmi CIFTIS (www.ciftis.org), klik pautan "Sertai Pameran - Pendaftaran Media " untuk log masuk dan mendaftar.
Bila dan bagaimana untuk mengambil kad berkenaan akan diumumkan dalam bahagian berita di portal rasmi tersebut pada kemudian hari.