Persahabatan Tradisional China-Vietnam Mendapat Nafas Baharu

2024-08-21 16:14:09  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam (PKV) yang juga Presiden Vienam, To Lam telah mengadakan lawatan rasmi ke China pada 18 hingga 20 Ogos.

 Lawatan yang pertama ke luar negara dalam jadual To Lam sejak beliau menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKV ini, mencerminkan hubungan China-Vietnam yang bersifat strategik berada di tahap terbaik. 


Presiden China Xi Jinping dan Presiden Vietnam To Lam semasa mengadakan perbincangan pada 19 Ogos lalu masing-masing pernah  perkataan seperti "keutamaan" dan "memperkasakan". 


China menganggap Vietnam sebagai satu keutamaan dalam diplomasi kejiranan. Kedua-dua pihak diharap terus memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang membawa makna strategik, manakala pihak Vietnam menyatakan bahawa China kekal berada di tangga pertama dalam diplomasi negara vietnam, iaitu yang paling diutamakan.


Kepercayaan dalam bidang politik merupakan asas bagi usaha memperdalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam, dua negara sosialis di bawah pimpinan Parti Komunis. China meyokong Vietnam memartabatkan pimpinan PKV, melakukan pembangunan negara sosialis mengikut acuan sendiri, mendorong pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dan memperjuangkan matlamat pemodenan yang bercirikan negara sosialis. 


Vietnam pula menyatakan pihaknya konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China, dan menentang tegas sesiapa pun yang cuba mencampuri urusan dalaman China. Menghadapi situasi dunia dan serantau yang rumit dan pantas berubah, China dan Vietnam akan berganding bahu memacu pembangunan negara sosialis dalam senario global.

China dan Vietnam mempunyai hubungan ekonomi dan perdagangan yang erat, banyak industri yang boleh dilengkapi antara satu sama lain, dan ruang kerjasama yang amat luas. China adalah rakan dagang paling besar bagi Vietnam untuk bertahun-tahun, manakala Vietnam merupakan rakan dagang terbesar bagi China dalam ASEAN dan yang keempat terbesar di dunia. Jumlah perdagangan dua hala pada setengah tahun pertama tahun ini meningkat kira-kira 20.6% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.


China bersedia menggerakkan dengan cepat penyelarasan dalam kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) anjuran China yang menekankan pembinaan bersama, dengan “dua koridor dan satu lingkaran” anjuran Vietnam, meningkatkan tahap kesalinghubungan dalam bidang prasarana seperti landasan kereta api, lebuh raya dan pintu sempadan, dan juga dalam bidang perkhidmatan seperti kastam pintar. Kedua-dua pihak telah membuat pengaturan mengenai kerjasama dalam pertanian, infrastruktur, sumber tenaga, ekonomi digital, pembangunan hijau dan perlombongan strategik.


China dan Vietnam akan mengambil kesempatan ketika merayakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik pada tahun 2025, mengadakan siri aktiviti sambutan “tahun pertukaran sosiobudaya China-Vietnam” dengan baik untuk meningkatkan kebersamaan dalam kalangan rakyat.


Selain itu, kedua-dua pihak akan meningkatkan koordinasi dalam mekanisme multilateralisme termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, ASEAN dan Kerjasama Lancang-Mekong, menggalakkan kerjasama dalam rangka tiga Inisiatif Global anjuran China, mendorong multipolariti yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan universal.


Ternyata hubungan persahabatan China-Vietnam yang bersifat "komrad + saudara" akan mendapat nafas baharu pada era baharu sekarang ini.