Menteri Luar Indonesia Bakal Melawat China

2024-08-22 12:15:55  CRI
Share with:

Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi akan mengadakan lawatan ke China bermula pada hari ini hingga 24 Ogos, atas jemputan rakan sejawatnya dari China, Wang Yi. 


Dalam rangka lawatan tersebut, menteri luar kedua-dua negara akan mempengerusikan bersama mesyuarat  ke-5 di bawah mekanisme Suruhanjaya Bersama mengenai Kerjasama Bilateral China-Indonesia.