Pembangunan Modenisasi Tumpuan Forum Kerjasama Media China-Afrika 2024

2024-08-22 12:49:49  CRI
Share with:

Forum Kerjasama Media China-Afrika edisi ke-6 sempena Dialog Peringkat Tinggi Kumpulan Pemikir China-Afrika telah berlangsung di Beijing pada Rabu. 


Para peserta bersependapat bahawa kumpulan pemikir media dikehendaki memberi sokongan yang jitu dan memegang sikap yang ikhlas dalam menyuburkan persahabatan tradisional secara turun-temurun, dan berusaha bersama-sama menunjukkan prestasi yang terbaik dalam menceritakan kisah kerjasama dan pembangunan supaya dapat menyumbang kepada perjuangan modenisasi di China dan benua Afrika.  


Mereka juga beranggapan bahawa perlunya mengaji amalan negara-negara membangun dan berkongsi pengalaman mereka dalam memperjuangkan matlamat pemodenan, bersama meneroka satu laluan ke arah kemajuan dan kemakmuran yang lebih berkualiti, berdaya tahan dan inklusif, supaya dapat menyediakan sokongan dari segi intelektual dan pendapat awam kepada negara-negara 'Selatan Global'  bagi merungkai masalah-masalah yang wujud dalam pembangunan pemodenan.


Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Ketua Pengarah Jabatan Publisiti PKC, Li Shulei menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian forum yang bertemakan "Berganding Bahu Sehaluan Menuju ke Jalan Modenisasi" itu.


Turut hadir, lebih 500 wakil daripada jabatan kerajaan, badan media, kumpulan pemikir dan pertubuhan antarabangsa dari China dan lebih 40 negara Afrika.