Penggunaan Bahan Makanan China Separuh Tahun Pertama Meningkat 7.86%
Menurut statistik diumumkan oleh bahagian rantai pembekalan bahan makanan di bawah China Federation of Logistics & Purchasing (CFLP), penggunaan bahan makanan di China pada separuh tahun pertama tahun ini meningkat 7.86% tahun ke tahun, mencatat RMB4.88 trilion (RM3 trilion). Antaranya, penggunaan bahan makanan dalam segmen jualan runcit mencapai RMB3.83 trilion (RM2.35 trilion) dan segmen katering pula RMB1.05 trilion (RM645 bilion).
Dalam pada itu, penggunaan bahan makanan menduduki 20.7% keseluruhan jualan runcit produk kepenggunaan sosial di China bagi separuh tahun pertama, iaitu bertambah 0.8% berbanding tahun yang lalu.
Pendapat pakar berkenaan mendedahkan bahawa struktur rantai pembekalan bahan makanan China telah mengalami perubahan besar pada separuh tahun pertama tahun ini. Terdapat semakin banyak syarikat yang menggunakan model pembekalan langsung dengan rantai pendek, dan terus mengakses ke tempat pengeluaran asal dan kilang pemprosesan ketika mengirim surat tempahan yang besar. Ini bukan sahaja kondusif bagi mendorong perindustrian dan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di tempat pengeluaran asal, malahan juga berfaedah bagi peningkatan pendapatan pengusaha.