China, Rusia Setuju Tingkatkan Motivasi Dalaman Kerjasama Bilateral

2024-08-22 11:17:41  CRI
Share with:

Perdana Menteri China, Li Qiang telah menghadiri pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Mikhail Vladimirovich Mishustin di Moscow pagi semalam waktu tempatan, yang merupakan kali ke-29 di bawah mekanisme Pertemuan Berkala Perdana Menteri China-Rusia.


Li berkata, China bersedia bersama-sama Rusia untuk mengambil peluang ketika menyambut ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara, konsisten dalam mengamalkan prinsip-prinsip saling menghormati, memupuk kepercayaan antara satu sama lain, menyuburkan persahabatan dari generasi ke generasi, memperjuangkan matlamat yang saling menguntungkan dan sama menang serta bertindak pantas dalam meningkatkan kerjasama dari segala sudut sehingga dapat melonjakkan perkongsian strategik komprehensif era baharu China-Rusia ke satu tahap yang baharu.


Mikhail Vladimirovich Mishustin pula berkata, pihaknya bersedia terus memupuk rasa saling percaya dengan China, memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan dan sosiobudaya, meningkatkan penyelarasan dan interaksi dalam menangani hal ehwal antarabangsa demi perlindungan hak dan kepentingan milik negara masing-masing, dan mendorong perkongsian strategik komprehensif era baharu China-Rusia terus berkembang maju.


Perdana Menteri kedua-dua negara tersebut secara kata sepakat berpendapat bahawa perlu terus menyempurnakan struktur kerjasama, secara stabil mendorong kerjasama dalam bidang tradisional seperti pertanian dan sumber tenaga di samping meneroka kerjasama bidang baharu seperti ekonomi digital dan pembangunan hijau. 


Kedua-dua negara ini komited merancakkan interaksi sosiobudaya,  terus meningkatkan motivasi dalaman bagi mengeratkan kerjasama dan meningkatkan kualiti serta kecekapan dalam kerjasama, dengan memanfaatkan peluang yang wujud dalam penganjuran "Tahun Kebudayaan China-Rusia".