Xinjiang Buka Lapangan Terbang ke-27

2024-08-22 13:07:26  CRI
Share with:

Sebuah pesawat G11101 selamat mendarat di Lapangan Terbang Bayanbulak di kaunti Hejing, Xinjiang pada 10.40 pagi 20 Ogos, menandakan bermulanya operasi lapangan terbang tersebut.

 

Xinjiang merupakan wilayah yang mempunyai lapangan terbang terbanyak di China. Susulan pembukaan Lapangan Terbang Bayanbulak, jumlah lapangan terbang awam yang beroperasi di Xinjiang meningkat kepada 27.

 

Sebagai lapangan terbang kedua yang dibina di tempat beraltitud 2,438 meter ke atas di Xinjiang, Lapangan Terbang Bayanbulak mampu mengendalikan sehingga 250,000 penumpang dan 500 tan hantaran kargo setahun.