AS, Pencipta Risiko Strategi Ancaman Nuklear Terbesar di Dunia

2024-08-22 14:55:23  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) menggembar-gemburkan dakwaan "ancaman nuklear China" pada tahun-tahun kebelakangan ini sebenarnya adalah untuk mencari alasan bagi menolak tanggungjawabnya dalam perlucutan senjata nuklear dan memperluas simpanan senjata nuklear demi matlamat dominan dari segi strategi. Ini merupakan fakta yang sudah terbukti.


Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning berkata demikian ketika mengulas ucapan Presiden AS, Joe Biden mengenai simpanan senjata nuklear China pada sidang media Rabu.


Mao menekankan, simpanan senjata nuklear China sama sekali tidak setara dengan AS. China menjunjung dasar "tidak menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu", mengekalkan pelaksanaan strategi nuklear untuk pertahanan negara yang bersifat defensif dan membela diri, sentiasa mengekalkan simpanan senjata nuklear pada tahap paling rendah yang hanya cukup bagi memenuhi keperluan menjaga keselamatan negara, dan tidak mahu menyasarkan perlumbaan senjata dengan sebarang negara. 


Dalam pada itu, AS yang mempunyai senjata nuklear yang paling banyak dan canggih di dunia, degil mengekalkan dasar ancaman nuklear yang berdasarkan "boleh menggunakan senjata nuklear terlebih dahulu", terus memperuntukkan dana untuk menaiktarafkan kekuatan nuklear, dan secara terang-terangan menggubal strategi ancaman nuklear untuk negara lain. Negara Uncle Sam barulah pencipta risiko strategi ancaman nuklear terbesar di dunia.


China menggesa AS mengambil tindakan tulen dalam memikul tanggungjawab keutamaan dan istimewa dalam pelucutan senjata nuklear, mengurangkan simpanan senjata nuklear dengan benar-benar, dan menghentikan gerak-geri yang negatif yang boleh menjadikan keamanan sejagat dan serantau terjejas.