Unit Perubatan China di Afrika, Jambatan Persahabatan Rentas Benua

2024-08-22 13:42:28  CRI
Share with:


Pada 6 April 1963, China buat julung-julung kalinya menghantar unit perubatan ke luar negara. Unit yang bertugas di Saida, Algeria, sekali gus memulakan bantuan perubatan China kepada Afrika.


Sehingga kini, lebih 20,000 kakitangan perubatan dari China memberikan perkhidmatan perubatan kepada rakyat Afrika, sekali gus menyumbang kepada peningkatan persahabatan antara China dengan Afrika dengan menggunakan kepakaran dan keprofesionalan mereka. 


Dalam tempoh lebih 60 tahun lalu, unit perubatan China telah menjalankan kerjasama dengan pelbagai institut perubatan di negara-negara Afrika melalui pengajaran, demonstrasi pemdedahan, bimbingan secara jarak jauh dan lain-lain. 



Selain itu, unit perubatan China juga menyokong negara-negara Afrika menubuhkan pusat penyelidikan khas bagi peningkatan teknologi perubatan di benua itu.


Menurut statistik terkini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) China, unit perubatan China telah memberikan perkhidmatan perubatan kepada lebih 290 juta pesakit di luar negeri.