Teksi Udara Hubungkan Pudong, Kunshan
2024-08-23 11:46:04 CRI
Laluan pengangkutan penumpang altitud rendah antara wilayah yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong Shanghai dengan Terminal Bandar Kunshan di provinsi Jiangsu, memulakan operasi komersial pada 18 Ogos.
Penerbangan sulung yang membawa dua orang penumpang, berlepas dari Kunshan pada 8.30 pagi dan mendarat di pangkalan penerbangan Xingye di daerah Pudong 28 minit kemudian.
Penumpang kemudian dipindahkan ke lapangan terbang Pudong dengan menaiki kenderaan khas.