Perdana Menteri China, Belarus Adakan Perbincangan
2024-08-23 11:53:44 CRI
Perdana Menteri China, Li Qiang telah menghadiri perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Belarus, Roman Golovchenko di Minsk petang semalam waktu tempatan.
Kedua-dua pihak bersama-sama mengumumkan perasmian "Tahun Inovasi Sains Teknologi China-Belarus 2024-2025".
Selepas perbincangan itu, Perdana Menteri kedua-dua negara telah menandatangani "Pengumuman Bersama Kerajaan China dan Kerajaan Belarus", dan bersama-sama menyaksikan penandatanganan pelbagai dokumen kerjasama bilateral yang melibatkan bidang perdagangan dan pelaburan perkhidmatan, pembangunan hijau, sains dan teknologi, sosiobudaya serta urusan daerah.