Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024
2024-08-23 11:41:36 CRI
Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAO) 2024 serta menyampaikan ucap tama pada 5 September.
Ini diumumkan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pagi tadi.
Menurut Hua, dalam tempoh persidangan tersebut, Xi juga akan mengadakan majlis jamuan dan aktiviti dua hala untuk pemimpin dari negara Afrika, wakil pertubuhan rantau dan antarabangsa bagi hal-ehwal Afrika yang akan hadir dalam FOCAO 2024.