"Black Myth - Wukong" Semarakkan Keghairahan Pemain Global

2024-08-23 15:20:21  CRI
Share with:

Permainan 3A China "Black Myth - Wukong" berjaya menduduki tempat pertama dalam ranking Steam tentang permainan online yang paling popular, dengan hanya menggunakan satu jam setelah dilancarkan baru-baru ini, dan turut mendapat penilaian tinggi daripada kelompok pemain di persada dunia.


Menurut satu tinjauan pendapat umum yang dilancarkan Network Televisyen Global China (CGTN), permainan yang berlatarbelakangkan mitos China  itu mencerminkan kehebatan industri permainan negara ini, dan juga secara tidak langsung mencetuskan minat pemain terhadap kebudayaan tradisional China.


Dalam tinjauan itu, 88.2% responden menganggap bahawa "Black Myth - Wukong" merupakan satu produk yang berspesifikasi tinggi dalam industri permainan China yang dipercayai mempunyai potensi besar untuk perkembangan selanjutnya. 


Terdapat 92.1% responden yang percaya bahawa kebudayaan tradisional China yang cemerlang terdedah kepada kelompok pemain melalui "Black Myth - Wukong".


Tinjauan pendapat CGTN yang diadakan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Arab dan Rusia ini, telah menyaksikan penyertaan 8,368 netizen yang membuang undi dan memberikan komen melalui pelbagai platform dalam tempoh masa 24 jam.