China, Bhutan Bincangkan Isu Persempadanan
Mesyuarat Kumpulan Pakar (EGM) ke-14 mengenai Sempadan China-Bhutan diadakan di Thimphu, Bhutan pada 20 hingga 22 Ogos lalu.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Lautan Kementerian Luar China yang juga ketua kumpulan pakar China, Hong Liang, dan Setiausaha Sempadan Antarabangsa Bhutan yang juta ketua kumpulan Bhutan, Letho Tobdhen Tangbi.
Kedua-dua pihak mengimbau kembalik kemajuan yang dicapai dalam rundingan sempadan pada beberapa tahun kebelakangan ini dan mengadakan perbincangan dalam suasana yang mesra, terus terang dan bersifat membina mengenai isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama.
Semasa berlangsungnya EGM itu, kedua-dua pihak juga membincangkan pelaksanaan Perjanjian Kerjasama mengenai Tanggungjawab dan Fungsi Pasukan Teknikal Bersama (JTT) mengenai Persempadanan China-Bhutan dalam mesyuarat JTT kedua.