Teori Deng Xiaoping Tetap Terserlah dalam Pembangunan China - Xi

2024-08-23 13:56:59  CRI
Share with:

Mendiang Deng Xiaoping sebagai bekas pemimpin negara China, diiktiraf sebagai figura yang bereputasi tinggi,  pejuang komunis yang berani dan berpengalaman dalam melakukan revolusi kenegaraan dan kepartian, peneraju generasi kedua dalam pucuk pimpinan Parti Komunis China (PKC), ketua pereka bentuk Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka China, pelopor pembangunan negara sosialis yang bercirikan China, penggubal utama Teori Deng Xiaoping dan juga penyumbang penting kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping dalam satu sidang memperingati ulang tahun kelahiran mendiang Deng yang merupakan ke-120 yang diadakan di Beijing pada Khamis.


Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC menghargai "sumbangan cemerlang" mendiang Deng, dan mengarahkan usaha untuk meneruskan perjuangan bagi memacu pembangunan negara sosialis yang bercirikan China yang dimulakan oleh Mendiang, yang dilihat sebagai cara yang terbaik untuk memperingati jasa Mendiang.

"Hendaklah mencapai kemajuan yang lebih besar dalam mengangkat maruah negara di persada dunia dan mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa yang berteraskan modenisasi ala China," kata Xi.