China Tetapkan Garis Panduan Terus Rancakkan Pembangunan Kawasan Barat

2024-08-23 16:23:32  CRI
Share with:

Biro Politik Pusat Parti Komunis China (PKC) telah mengadakan mesyuarat hari ini untuk membahaskan sejumlah dasar dan langkah untuk terus merancakkan  pembangunan di kawasan bahagian barat demi membentuk landskap yang baharu di negara ini. 


Mesyuarat tersebut dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.


Mesyuarat tersebut menunjukkan bahawa perlunya memfokus kepada perlindungan alam, peningkatan tahap keterbukaan dan pembangunan yang berkualiti, mempercepat langkah dalam membentuk landskap pembangunan yang baharu, serta meningkatkan daya saing secara menyeluruh dan kemampuan melakukan pembangunan mampan, sepanjang proses memacu pembangunan di kawasan bahagian barat yang merupakan satu keputusan strategik yang dibuat Jawatankuasa Pusat PKC.  


Yang juga ditekankan dalam mesyuarat itu melibatkan usaha untuk memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan, selanjutnya membebaskan dan merangsangkan kuasa produktif supaya dapat mencetuskan fenomena kemasyarakatan yang dinamik, terus mengembangkan industri dominan yang bercirikan tempatan di samping meningkatan kemampuan dalam melakukan inovasi sains dan teknologi. 


Pada masa yang sama, perlunya menggerakkan program penghijauan di kawasan bahagian barat, merancakkan pembangunan hijau dan karbon rendah, dan menggerakkan pembinaan pangkalan sumber tenaga yang bersih.


Selain itu, pembangunan desa secara menyeluruh dan perpaduan bangsa serta kestabilan kawasan sempadan juga dijadikan tumpuan dalam mesyuarat tersebut.