Penasihat Keselamatan Negara AS Bakal Melawat China
2024-08-24 14:12:12 CRI
Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan akan membuat lawatan ke China dari 27 hingga 29 Ogos atas jemputan ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), yang juga Pengarah Pejabat Am Jawatankuasa Hal Ehwal Luar PKC, Wang Yi.
Kedua-dua pihak akan mengadakan komunikasi strategik untuk pusingan baharu, kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pagi tadi.