Jawatankuasa Olimpik Paris Berterima Kasih kepada CMG
Presiden Jawatankuasa Penganjur Olimpik Paris, Tony Estanguet pada Jumaat waktu Beijing mengutus sepucuk surat kepada Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan kerja CMG yang mencapai kejayaan dalam membuat siaran dan liputan terhadap Sukan Olimpik Paris 2024 serta mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah memberi sokongan jitu kepada Jawatankuasa Penganjur Olimpik Paris.
Tony Estanguet dalam surat tersebut juga menyatakan bahawa pihaknya berganding bahu dengan CMG sehingga menjayakan temasya sukan kali ini. Jika tanpa sokongan jitu daripada CMG dari mula-mulanya, pihaknya mustahil dapat melengkapkan matlamat berkenaan. Perlunya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada CMG kerana sokongan CMG selama ini merupakan sebab utama bagi kejayaan Sukan Olimpik 2024 di Paris. Dengan adanya siaran dan liputan yang dibuat CMG dengan jayanya, penonton China yang berbilangan besar barulah dapat menghayati suasana Sukan Olimpik Paris 2024, yang juga dijadikan tumpuan di persada dunia.
Tony Estanguet meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan dan kehebatan CMG dalam membuat siaran melalui platform seluruh media dan berharap agar CMG terus terserlah dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 yang akan diadakan beberapa hari lagi, dan membantu temasya sukan itu menunjukkan lagi daya tarikannya kepada dunia.