Malaysia Mula Eksport Buah Durian Segar ke China

2024-08-24 14:15:01  CRI
Share with:

Malaysia telah mengeksport durian segar kumpulan pertamanya sebanyak 40 tan ke China dengan tiga kali melalui pesawat sewa khas.

Majlis pelancaran berkenaan diadakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi.


China dan Malaysia memeterai Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Buah Durian Segar dari Malaysia ke China pada tahun ini yang menandakandan Malaysia mendapat surat keizinan mengeksport  buah durian segar ke China, bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.