Sidang Kemuncak Pemula Kerjaya HICOOL2024 Diadakan di Beijing

2024-08-25 15:04:12  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak Pemula Kerjaya Global HICOOL 2024 telah diadakan di Beijing dari Jumaat hingga Ahad.


Sidang kemuncak yang melibatkan pertandingan keusahawanan, pameran & forum dan majlis penandatanganan projek itu, bertujuan menyediakan platform kerjasama dan pertukaran yang bertaraf dunia kepada kelompok pemula kerjaya dan projek-projek keusahawanan dalam senario global. 


Antaranya, pertandingan keusahawanan HICOOL edisi 2024 yang berfokuskan kecerdasan buatan (AI), litar bersepadu, perubatan dan kesihatan dan sebagainya, telah menyaksikan penyertaan 7,406 projek dan 9,700 usahawan dari 124 negara dan wilayah, dengan satu pertiga keseluruhan peserta merupakan warga asing, naik sekali ganda berbanding edisi lalu. 

Sementera itu, lebih daripada 60 peratus projek yang ditampilkan itu merupakan yang dari luar negara, meningkat 29 peratus tahun ke tahun.


Setakat ini, sejumlah 350 projek telah diiktiraf mendapat pembiayaan melalui pertandingan yang berkenaan, dengan 76 daripadanya mendapat pembiayaan lebih daripada RMB100 Juta (RM61.4 juta). 


Untuk rekod, terdapat lebih 32,000 tokoh dan 24,100 projek keusahawanan dari 145 negara dan wilayah di seluruh dunia dilaporkan pernah menyertai Sidang Kemuncak Pemula Kerjaya Global HICOOL yang sudah dianjurkan sebanyak 5 edisi, yang pernah menyaksikan kelahiran 120 perusahaan baharu yang berspesifikasi tinggi dan khas, serta 16 perusahaan "unicorn".