Filipina Digesa Hentikan Provokasi dan Fitnah

2024-08-26 13:50:17  CRI
Share with:

Filipina tidak mempedulikan nasihat dan amaran China, berkeras menghantar kapal 3002 menceroboh masuk ke perairan sekitar Xianbin Jiao di Kepulauan Nansha China secara haram, dan melakukan tindakan provokasi.


Selain itu, kapal 3002 Filipina secara berbahaya mendekati dan berlanggar dengan bot 21551 Pengawal Pantai China (CCG) yang menjalankan misi penguatkuasaan undang-undang, sehingga berlakunya insiden pelanggaran.


Tanggungjawab insiden itu adalah di pihak Filipina, kata  jurucakap CCG, Gan Yu pada Ahad.


Beliau berkata, langkah yang diambil CCG untuk mengiring, memantau, mengawal, menghalang dan mengusir kapal Filipina terbabit adalah mengikuti prosedur dan munasabah.


Beliau menegaskan bahawa China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Kepulauan Nansha dan perairan sekitarnya, termasuk Xianbin Jiao. 


CCG bertekad untuk membela kedaulatan negara dan memelihara kepentingan maritim, di samping menjalankan misi penguatkuasaan di perairan terbabit mengikut undang-undang," kata Gan Yu lagi.