Jepun Selesaikan Pelepasan Air Sisa Radioaktif Fasa Ke-8

2024-08-26 16:29:19  CRI
Share with:

Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) berkata, pelepasan air sisa radioaktif dari Loji Janakuasa Elektrik Nuklear Fukushima bagi fasa ke-8 telah diselesaikan pada Ahad.


Menurut rancangan yang diumumkan TEPCO sebelum ini, tiga fasa pelepasan air sisa radioaktif akan dijalankan pada tahun fiskal 2024, iaitu dari April 2024 hingga Mac 2025.

Dalam perkembangan berkaitan, rakyat dan pakar Jepun menzahirkan rasa ketidakpuasan dan kemarahan atas tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkuasa Jepun dan TEPCO melepaskan air sisa radioaktif ke laut tanpa jaminan keselamatannya.