Tentera China Adakan Rondaan di Sempadan Yunnan
2024-08-26 16:33:15 CRI
Pasukan tentera darat dari kawasan medan selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) mengadakan rondaan bersenjata di Ruili dan Zhenkang, provinsi Yunnan, di sempadan barat daya China pada Isnin.
Selain itu, mereka juga akan mengadakan rondaan jagaan darat dan udara di kawasan terbabit.
Objektif rondaan itu adalah untuk meningkatkan daya tempur dan respons pantas angkatan tentera demi menjaga ketenteraman dan kestabilan di kawasan sempadan.