Konflik Kekerasan Israel dan Hezbollah Semakin Meruncing

2024-08-26 12:07:40  CRI
Share with:

Parti Hezbollah pada hari Ahad mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan serangan besar-besaran ke atas Israel pada hari itu sebagai tindak balas berikutan pembunuhan Fuad Shukr, pemimpin kanan Hezbollah.


Pada hari yang sama, Tentera Pertahanan Israel mendakwa pihaknya telah melancarkan serangan terlebih dahulu ke atas sasaran di Lubnan. 


Menurut laporan media Lubnan, pengeboman Israel itu telah menyebabkan kerosakan yang serius.