Kunjungi Muzium di Guangxi, Rasai Pesona Budaya Etnik Minoriti
Guangxi merupakan wilayah autonomi dengan jumlah penduduk etnik minoriti paling banyak di China.
Populasi keseluruhan wilayah itu mencecah lebih 57 juta antaranya 22 juta penduduk etnik minoriti yang terdiri daripada 12 etnik termasuk Zhuang, Yao, Miao, Dong, Mulao, Maonan, Hui, Jing, Yi, Shui, Gelao dan lain-lain.
Gendang diperbuat daripada tembaga, sulaman broked berwarna-warni, busana tradisional yang mempunyai ciri-ciri tersendiri......setiap koleksi yang disajikan dalam Muzium Etnik Guangxi mengisahkan cerita tentang pertukaran dan integrasi antara pelbagai etnik di wilayah itu.
Difahamkan, muzium berkenaan menghimpunkan lebih 50,000 koleksi daripada 12 etnik yang mendiami Guangxi secara turun-temurun.