Musang King di Beijing Segar, Tapi Mahal
Semalam Satria diundang menghadiri majlis perasmian pemasaran buah durian segar Malaysia di China. Meskipun dulu menjangka harganya mesti tinggi sebab logistiknya tergantung kepada penerbangan kargo untuk mengekalkan kesegaran, tapi harga yang diumumkan semalam tetep mengejutkan Satria, RMB298 sekilo, iaitu kira-kira RM180 sekilo untuk Musang King! Maksudnya sebiji lebih RM350!
Secara terus terang, Satria tidak mampu membeli duria dengan harga ini. Dan ramai kawan-kawan Malaysia pula mencadangkan langsung beterbang ke Kuala Lumpur untuk makan Musang King yang lagi segar, dengan harga hanya kira-kira RM38 sekilo.
Ini sekaligus menjadikan Musang King segar dari Malaysia antara buah-buahan yang paling mahal di pasaran China. Bagaimana merangsang atau mendorong pengguna China bersedia membayar RM350 untuk sebiji buah-buahan, ini bukan hanya tergantung kepada kualiti, tapi juga tergantung kepada promosi penjualan yang cukup efektif. Setakat ini saya belum melihat iklan yang mempromosi musang king segar secara besar-besaran di pasaran China.
Bagaimanapun, dengan pasaran yang cukup besar, saya berpendapat pasti ada sebilangan kecil pengguna di China mampu membeli dan mencuba “raja buah” ini. Cabaran seterusnya adalah bagaimana menyebabkan mereka memahami perbezaan antara Musang King denga durian lain, dan menjadikan mereka pengguna setia kepada raja buah ini. Kalau ini berjaya, saya yakin permintaan pasaran bagi jumlah pengguna tersebut sudah cukup besar berbanding kemampuan bekalan di Malaysia.
Tapi kalau seperti apa yang diharapkan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia, Datuk Seri Datuk Seri Mohamad Sabu di Shenzhen bahawa durian kampung Malaysia juga boleh memasuki pasaran China, saya fikir pihak Malaysia perlu mempertimbangkan kawalan kos logistik supaya harganya tidak setinggi seperti Musang King. Sebab pesaing durian kampung adalah durian Thailand dan Vietnam yang telah mempunyai kuota besar di pasaran China.
Harga durian Vietnam di pasaran China kira-kira RMB50 sekilo, manakala harga durian Thailand pula kira-kira RMB60 sekilo, iaitu 1/4 berbanding harga Musang King segar Malaysia buat masa ini.
Beberapa jenis buah-buahan yang harga mahal pernah digelar sebagai “buah-buahan bangsawan” ketika baru diimport dari luar negara. Misalnya ceri dari Chile, negara yang sangat jauh daripada China. Tapi dengan kelancaran kerjasama, efisiensi perkhidmatan kastam yang kian tinggi dan logistik yang semain cekap, pengimportan ceri meningkat dengan pesat, sekaligus menurunkan harganya secara besar-besaran di China. Ceri yang dipetik oleh petani Chile dapat dipasarkan di China dalam tempoh dua hari. Situasi sama menang terwujud apabila pendapatan kaum tani tempatan terus meningkat, manakala pengguna China pula mampu membeli ceri yang segar lagi harga murah.
Satria yakin dengan perniagaan buah-buahan segar yang semakin meningkat dan lancar antara China dengan Malaysia, harga Musang King juga akan diturunkan. “Raja buah” ini tidak patut hanya mampu dimakan oleh “raja”, sepatutnya mampu dibeli oleh orang ramai.