Mesyuarat Meja Bulat BFA Bincang Kaedah Tangani Cabaran Global

2024-08-27 15:10:59  CRI
Share with:

Mesyuarat meja bulat Forum Asia Boao (BFA) yang bertemakan "Future of the World: from the Perspective of Asia" dirasmikan di Bangkok, Thailand pada Isnin.

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar Wang Yi mengirim surat tahniah kepada perasmian mesyuarat tersebut.


Mesyuarat ini diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai topik masa depan yang akan diadakan pada bulan depan.


Perbincanganan para peserta berfokus pada kaedah untuk menangani cabaran global dari perspektif Asia dan usaha menggalakkan pelbagai negara Asia melaksanakan Agenda 2030 PBB dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).


Semasa mesyuarat itu berlangsung, Pengerusi Lembaga BFA Ban Ki-moon mengumumkan, sidang tahunan BFA 2025 akan diadakan di Boao, selatan China pada 25 hingga 28 Mac tahun depan.