PLA Jalani Latihan Tentera di Kawasan Sempadan China-Myanmar

2024-08-27 14:48:29  CRI
Share with:

Kawasan medan selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China akan mengadakan latihan menggunakan peluru hidup yang melibatkan pasukan tentera darat dan udara, di kawasan sempadan dengan Myanmar bermula 27 Ogos. 


Jurucakap kawasan medan selatan PLA kolonel kanan Tian Junli menyatakan, latihan yang diadakan di kawasan sempadan sebelah China kali ini bertujuan untuk menguji daya pengintipan, amaran awal dan daya tempur angkatan berkenaan. 


Beliau menegaskan bahawa pihaknya berada dalam kesiapsiagaan untuk menghadapi sebarang peristiwa kecemasan pada bila-bila masa, dengan tegas memelihara kedaulatan negara, ketenteraman di kawasan sempadan, serta keselamatan nyawa dan harta rakyat.