Graduan Balik Kampung Jual Hasil Ternakan Melalui Penstriman

2024-08-28 16:44:49  CRI
Share with:

Cangqiu Duoji, anak kelahiran kaunti Anduo bandar Naqu di wilayah Xizang, memutuskan balik kampung setelah tamat pengajian di universiti, dan bersama dengan 6 orang rakannya memulakan kerjaya dengan menubuhkan satu syarikat pada tahun 2021. 


Urus niaga syarikatnya yang berfokuskan jualan kraftangan yang bercirikan etnik minoriti tempatan dan hasil ternakan serta pertanian melalui penstriman dalam internet, dilaporkan turut menyumbang kepada kemakmuran ekonomi setempat.