'Halaman Sains dan Teknologi' Bantu Afrika Majukan Sektor Pertanian

2024-08-28 15:00:41  CRI
Share with:

'Halaman Sains dan Teknologi China-Afrika' merupakan antara program pendidikan pertanian yang dilancarkan kedua-dua pihak pada 2019.


Program yang dilaksanakan Universiti Pertanian China itu memberi peluang kepada pelajar jurusan pertanian dari Afrika untuk melanjutkan pelajaran di negara Tembok Besar.


Ia bertujuan membantu Afrika memupuk bakat pertanian dengan menimba pengalaman China, sekali gus menyumbang kepada perkembangan sektor berkenaan di benua itu.


'Halaman Sains dan Teknologi' membuka pangkalan eksperimen di kaunti Quzhou, provinsi Hebei serta negara Malawi.


Seramai 91 bakat pertanian dari 12 buah negara Afrika mengikuti program itu dalam tempoh hampir enam tahun lalu.