Hubungan China-AS Bukan Permaian Campur Tolak: Duta China Xiefeng
Duta besar China ke Amerika Syarikat (AS), Xie Feng berkata hubungan antara China dengan AS bukanlah permainan campur tolak (zero-sum).
Menolak tanggungjawab tidak membantu untuk menyelesaikan masalah, sementara tiada mana-mana pihak yang akan menang dalam perang dagangan, perang perindustrian dan perang sains dan teknologi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Perniagaan Forbes pada Selasa.
Xie menyatakan, China dan AS perlu menghormati hak pembangunan masing-masing, mempertahankan prinsip sama menang, dan menyelesaikan masalah melalui dialog dan permuafakatan.
Selain itu, kedua-dua negara harus mengembangkan kerjasama tradisional dalam bidang ekonomi, perdagangan, dan pertanian, di samping memupuk titik pertumbuhan baharu dalam sektor perubahan iklim dan kecerdasan buatan (AI) demi mewujudkan situasi menang-menang antara kedua-dua negara malah di peringkat global.