Presiden Xi Ditemui Penasihat Keselamatan Negara AS Jake Sullivan
Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Khamis.
Xi berkata, dalam menghadapi situasi antarabangsa yang rumit, negara-negara di dunia perlu bersatu padu dan bekerjasama, tetapi bukan berpecah-belah dan berkonfrontasi. Sementara itu, rakyat mengharapkan keterbukaan dan kemajuan, tetapi bukan tutup pintu dan mundur.
Sebagai dua kuasa besar di dunia, China dan AS perlu bertanggungjawab terhadap sejarah, rakyat dan dunia, selain menjadi faktor penstabil bagi kedamaian dunia dan pendorong bagi pembangunan bersama.
Xi berharap AS dapat berjalan sehaluan dengan China, memandang China dan pembangunan negara ini dengan sikap rasional, memandang pembangunan kedua-dua negara sebagai peluang tetapi bukan cabaran, supaya bersama-sama mencari cara pergaulan yang munasabah antara kedua-dua pihak.