Xinzhai, Kampung Kopi Pertama China

2024-08-29 15:04:42  CRI
Share with:

Bergelar 'kampung kopi pertama China', Xinzhai di bandar Baoshan, provinsi Yunnan dibanjiri ramai pelawat muda sempena cuti persekolahan musim panas.


Dikurniakan iklim dan tanah yang sempurna untuk penanaman kopi, iaitu dengan purata suhu sekitar 21.3 darjah Celsius, pancaran matahari yang cukup serta turunan hujan yang tidak banyak, Xinzhai antara tempat paling ideal untuk pengeluaran kopi berkualiti.

Kopi jenis arabica L. yang ditanam di Baoshan menawarkan rasa yang kuat tetapi tidak pahit, beraroma sederhana dengan campuran sedikit rasa buah.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Xinzhai giat menggalakkan transformasi dan penaiktarafan industri kopi bersandarkan jenama petunjuk geografi (GI) 'Kopi Arabica L. Baoshan'.

Produk kopi keluarannya semakin mendapat tempat di pasaran seluruh negara, sekali gus membantu Xinzhai mewujudkan pembangunan luar bandar.