Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan Dirasmikan di Chengdu
Forum Kerjasama Media Jalur dan Laluan 2024 diadakan di bandar Chengdu, provinsi Sichuan pada Rabu.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei menghadiri upacara pembukaan dan menyampaikan ucapan.
Lebih 200 petugas dan wartawan dari 191 media dari 76 negara, serta pakar dan wakil syarikat menyertai forum tersebut.
Para peserta berpendapat bahawa inisiatif Jalur dan Laluan berasal dari China, dan hasil serta peluangnya dikongsikan seluruh dunia.
Sejak inisiatif tersebut dikemukakan oleh Presiden Xi Jinping pada tahun 2013, kerjasama dalam rangka berkaitan berkembang baik dan melakar hasil yang memuaskan.
"Inisiatif Chengdu Mengenai Kerjasama Media Jalur dan Laluan" turut diluluskan dalam forum tersebbut.