China dan AS Adalah Kawan, Bukan Lawan

2024-08-30 13:45:03  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping menerima kunjungan Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat (AS), Jake Sullivan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada Khamis.


Xi menegaskan bahawa sebagai dua kuasa besar di dunia, China dan AS perlu terlebih dahulu membina persepsi strategik yang betul, dan mencari jawapan bagi soalan: China dan AS adalah lawan atau kawan.


Xi berharap AS dapat berjalan sehaluan dengan China, dan meneroka kaedah wujud bersama secara aman dan mewujudkan pembangunan bersama, walaupun kedua-dua negara ini mengamalkan tamadun, sistem dan laluan yang berbeza.


Sullivan mengulangi komitmen AS iaitu "tidak mengejar mengubah sistem China, tidak mengejar 'perang dingin', tidak menentang China melalui memperkukuh hubungan negara sekutu, tidak menyokong 'kemerdakaan Taiwan' dan tidak mahu berkonflik dengan China". 


Pihaknya berharap terus mengekalkan komunikasi strategik dengan China hingga mencari kaedah wujud bersama secara damai dengan China dan perkembangan mampan hubungan kedua-dua negara ini.


Lawatan Sullivan ke China kali ini adalah untuk mengadakan komunikasi strategik China-AS pusingan baharu, dan ia antara langkah penting bagi melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin kedua-dua negara semasa pertemuan di San Francisco. 


Menurut kenyataan China, kedua-dua pihak mengadakan "perbincangan yang ikhlas, substantif dan membina" dan membincangkan interaksi pusingan baharu antara pemimpin kedua-dua negara dalam masa terdekat.


Sementara itu, Rumah Putih pula memberikan penilaian yang agak positif terhadap interaksi peringkat tinggi kali ini. 


Ini menunjukkan bahawa kedua-dua negara bersedia mengendalikan perselisihan secara konstruktif dan mengekalkan hubungan yang stabil dan terkawal. 


Penganalisis berpendapat bahawa China dengan jelas menyatakan pendiriannya sebelum lawatan Sullivan ke China, berhasrat untuk memberi amaran kepada AS supaya menghormati kepentingan teras China, tidak menjejaskan hubungan China-AS kerana agenda politik domestik supaya memastikan hubungan China-AS berkembang ke arah yang stabil dan boleh dijangka.


Sebagai hubungan dua hala yang paling penting di dunia, cara pergaulan antara China dan AS bukan sahaja berkaitan dengan kepentingan kedua-dua negara, tetapi juga akan mempengaruhi arah pembangunan dunia.


Tidak kira bagaimana situasi politik domestik di AS berubah, China dan AS bertanggungjawab menghapuskan gangguan, mencari cara pergaulan yang munasabah antara kedua-dua pihak hingga menjadikan Wawasan San Francisco menjadi realiti. 


Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Xi, China dan AS, sebagai dua kuasa besar di dunia, perlu bertanggungjawab terhadap sejarah, rakyat dan dunia, selain menjadi sumber kestabilan bagi keamanan dunia dan pendorong bagi pembangunan bersama.