Pembangunan Tenaga Hijau China Manfaatkan Dunia

2024-08-31 16:04:22  CRI
Share with:

Sebuah kapal yang membawa kenderaan tenaga baharu (NEV) dari China telah menyelesaikan misi penghantarannya dan kini dalam perjalanan pulang ke China.


Kapal itu telah menghantar ratusan unit NEV ke Sepanyol, Britain, Belanda, dan Jerman untuk memenuhi permintaan yang meningkat di pasaran tempatan. 


Pada tiga tahun akan datang, enam hingga tujuh kapal seumpama akan ditambah lagi untuk menghantar lebih banyak produk hijau China ke seberang laut dan menggalakkan perkembangan industri tenaga baharu di negara-negara berkaitan. 


Kertas putih Transformasi Tenaga China yang dikeluarkan pihak berkuasa China pada 29 Ogos mempamerkan pencapaian transformasi tenaga China dalam sepuluh tahun lalu melalui data dan contoh, sekali gus menghuraikan sumbangan besar negara ini kepada pembangunan hijau global dan pembinaan bersama dunia yang bersih dan indah.

Sebagai negara pengeluar dan pengguna tenaga terbesar di dunia, China secara proaktif mempraktikkan konsep pembangunan hijau, dan memperkasakan pembangunan tenaga bersih. 


Dalam sedekad lalu, lebih separuh daripada jumlah penggunaan elektrik tambahan adalah hasil janakuasa tenaga bersih. Sementara itu, peningkatan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui terpasang menduduki lebih 40 peratus daripada jumlah di seluruh dunia. Penggunaan tenaga bagi setiap unit KDNK menurun lebih 26 peratus. 


Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dalam laporan "Tenaga Boleh Diperbaharui 2023" berbunyi, China merupakan pelopor dalam bidang tenaga boleh diperbaharui global dan juga pemacu utama bagi peningkatan tenaga tersebut di arena antarabangsa secara besar-besaran. 


China yang terus memperkasakan keterbukaan bertaraf tinggi, menyediakan peluang baharu kepada kerjasama antarabangsa dalam bidang tenaga bersih. Baru-baru ini, jumlah pelaburan syarikat transnasional teramasuk General Electric dan Siemens meningkat dengan mantap, sementara pelbagai projek modal asing dilancarkan satu demi satu, seperti projek tenaga angin di laut oleh Kumpulan Tenaga Perancis, projek pembuatan kenderaan NEV oleh Tesla Shanghai. 


Langkah negara Tembok Besar yang giat mendorong liberalisasi dan pemudahan perdagangan dan pelaburan tenaga baharu, membantu syarikat transnasional berkongsi keuntungan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan hijau dan karbon rendah di peringkat global.