Presiden Xi Balas Surat kepada Sarjana Afrika

2024-08-31 15:00:31  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping membalas surat daripada sarjana dari 50 negara Afrika pada 27 Ogos, menggalakkan mereka terus menyumbangkan sokongan kecerdasan bagi pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Afrika yang bertaraf tinggi dan pemeliharaan kepentingan bersama Selatan Global.


Xi dalam suratnya berkata, China dan Afrika adalah komuniti berkongsi nasib sejak sekian lama. 

Berdepan situasi antarabangsa yang rumit dan berubah-ubah, China dan Afrika perlu meningkatkan perpaduan dan kerjasama lebih berbanding dahulu. 


Beliau berkata, Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) bakal diadakan dalam beberapa hari nanti. Sempena itu, pemimpin kedua-dua pihak akan berkumpul untuk membincangkan kerjasama demi membina masa depan hubungan China-Afrika yang lebih cerah.