Presiden Xi Ucapakan Tahniah kepada Agong Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia

2024-08-31 15:20:24  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67, hari ini.


Xi dalam perutusan tahniahnya berkata, Malaysia melakar hasil yang cemerlang dalam pembangunan negara sepanjang 67 tahun lalu. 


China dan Malaysia ialah jiran, sahabat dan rakan baik yang berkongsi keuntungan bersama. Perkembangan hubungan dua hala semakin dipertingkat, manakala pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia semakin diperkukuh. 


Xi melahirkan kesediaannya untuk berusaha bersama dengan Yang di-Pertuan Agong supaya menyuburkan persahabatan tradisional China-Malaysia, mempromosikan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia, memacu perkembangan perkongsian strategik komprehensif, agar memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, selain menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau.