Pameran Perabot Dinasti Ming dan Dinasti Qing

2024-09-01 06:53:25  CRI
Share with:

Pameran perabot dari Dinasti Ming dan Dinasti Qing anjuran bersama Muzium Provinsi Liaoning dan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China diadakan di bandar Shenyang pada 29 Ogos.

Ini merupakan kali pertama perabot dari kedua-dua dinasti itu yang disimpan di Beijing dipamerkan secara besar-besaran di Shenyang. Para pengunjung berpeluang mengetahui teknik dan budaya pembuatan perabot pada zaman itu, serta menghayati daya tarikan artistik unik yang terkandung dalam perabot kedua-dua dinasti tersebut.