Seramai 230 Juta Pesakit Terima Rawatan Pasukan Perubatan China di Afrika
2024-09-01 15:40:45 CRI
Menurut statistik Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, setakat penghujung tahun 2023, China telah menghantar 25,000 kakitangan perubatan ke negara-negara Afrika, memberikan perkhidmatan diagnosis dan rawatan kepada lebih 230 juta pesakit tempatan.
China menghantar pasukan perubatan pertama ke Afrika pada tahun 1963. Sekarang, terdapat 44 pasukan perubatan yang terdiri daripada 863 anggota bertugas di 94 tempat, melibatkan 43 buah negara di benua itu.