Indeks Kemakmuran Industri Logistik China Catat 51.5%

2024-09-02 11:36:53  CRI
Share with:

Indeks Kemakmuran Industri Logistik China telah mencatat 51.5% pada bulan Ogos, meningkat 0.5% bulan ke bulan.


Permintaan logistik dalam sektor penggunaan semasa tempoh cuti sekolah musim panas 2024 melonjak, sekali gus mendorong peningkatan pesat perkhidmatan penghantaran ekspres dan kurier dalam bidang e-niaga.


Indeks keseluruhan perkhidmatan penghantaran ekspres dan kurier bagi bulan Ogos mencapai 70.6%, naik 0.2% berbanding Julai. Jumlah surat tempahan yang terkait dengan hasil akuakultur, buah-buahan, sayur-sayuran, produk untuk rekreaksi outdoor, sukan serta hiburan telah meningkat 10% bulan ke bulan. 


Dalam sektor produk perindustrian, keperluan logistik bagi pembuatan komponen kenderaan, pembuatan elektronik dan mekanikal serta farmaseutikal meningkat dengan ketara, sehingga mendorong indeks penghantaran penerbangan, industri pergudangan dan penghantaran multimodal masing-masing meningkat 57%、52% dan 52.5%.


Sementara itu, indeks pengangkutan jalan raya dan pengangkutan kereta api bagi Ogos masing-masing melantun 0.7% dan 0.8% berbanding bulan Julai.