Xi Bertemu Presiden DRC

2024-09-02 13:09:40  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping bertemu rakan sejawatnya dari Republik Demokratik Congo (DRC) Felix Tshisekedi yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Isnin.


Xi berkata China sedia bersama DRC memperkukuh rasa saling percaya dalam politik, menyokong antara satu sama lain dan mengejar pembangunan bersama.

 

Kerjasama membabitkan pertanian, pemprosesan mineral dan latihan vokasional akan dipergiat lagi, selain bantuan terus dihulurkan kepada DRC untuk memanfaatkan kelebihan sumber hingga menjadi momentum pembangunan, tambah beliau.

Sementara itu, Tshisekedi menyatakan pihaknya ingin belajar daripada pengalaman China dan menjadikan negara Tembok Besar sebagai rakan kongsi terutama sambil terus merapatkan persahabatan dan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

 

FOCAC menyediakan peluang penting kepada negara-negara Afrika untuk mewujudkan pembangunan, kata beliau sambil menambah bahawa persidangan kali ini akan mencapai kejayaan dengan membawa hasil memberangsangkan buat rakyat Afrika.