Bandar Jingxi, Jagoan Industri Bola Uncang Wangian

2024-09-02 14:14:13  CRI
Share with:

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, bola uncang wangian yang dihasilkan di bandar Jingxi wilayah Guangxi dilaporkan laris dijual di pelbagai tempat di China, bahkan dieksport ke negara-negara Asia Tenggara melalui platform e-dagang. Produk untuk kegunaan hadiah dan cenderahati itu turut menjadi pemangkin kepada pembangunan industri budaya dan pelancongan tempatan dan juga penjana pendapatan pengusaha.

Bola uncang wangian yang bercirikan budaya etnik minoriti kelihatan halus dan cantik dengan pelbagai corak disulam pada permukaannya dan diisikan rempah ratus atau ubat herba Cina di dalamnya.

Bandar Jingxi mendapat gelaran dari pemain industri sebagai “lubuk bola uncang wangian”.