Pusat Media Sidang Kemuncak FOCAC Mula Operasi

2024-09-02 12:18:43  CRI
Share with:


Pusat Media Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024 beroperasi mulai hari ini untuk menyediakan perkhidmatan kepada wartawan dari dalam dan luar negara.

Pusat media itu juga akan menganjurkan sesi taklimat untuk memperkenalkan keadaan berkaitan sidang kemuncak berkenaan.


Seramai lebih 3,000 wartawan telah membuat pendaftaran untuk sidang kemuncak kali ini, sekali gus mencecah rekod baharu.