Kerjasama dengan China Sangat Memberangsangkan - Presiden Afrika Tengah

2024-09-02 13:28:30  CRI
Share with:

Republik Afrika Tengah sebagai salah satu negara yang paling awal mengiktiraf penubuhan Republik Rakyat China, sejak sekian lama mempunyai ikatan persahabatan yang kukuh dengan negara itu dan hubungan kerjasama yang erat untuk jangka masa panjang. 


Presiden Republik Afrika Tengah, Faustin-Archange Touadéra berkata demikian ketika bertemu bual dengan wartawan CMG baru-baru ini.


"Kedua-dua negara kita telah mengadakan kerjasama yang amat berhasil dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, sumber tenaga dan sebagainya pada beberapa tahun kebelakangan ini. Pembinaan stesen janakuasa fotovoltaik yang berkapasiti 15 MW dengan bantuan China, projek Juncao yang berperanan penting dalam memastikan keselamatan makanan, dan Institut Konfusius yang kondusif bagi menggerakkan pertukaran kebudayaan, merupakan antara yang paling menonjol," kata Faustin-Archange Touadéra.


"Projek-projek yang ditetapkan bersama-sama oleh kami dengan kerajaan China dan Presiden Xi Jinping itu, sejajar dengan kepentingan rakyat Republik Afrika Tengah, dan pelaksanaannya telah membawa faedah yang benar-benar kepada hidup harian rakyat tempatan. Seperti yang saya sebut tadi mengenai keselamatan makanan, projek-projek yang penting itu telah membolehkan banyak keluarga mendapat makanan yang mencukupi, menjana pendapatan dan menambah baik hidup," kata Presiden Faustin-Archange Touadéra ketika membicarakan apa perubahan yang dibawa kepada negaranya oleh projek-projek yang sudah terlaksana dalam kerangka pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Forum Kerjasama China-Afrika.


“Pasaran China sangat menarik, kerana ia bukan sahaja mempunyai populasi yang amat besar, tetapi juga permintaan yang amat luas yang kebetulan selaras dengan produk milik negara kami. Sumber perlombongan yang kaya di negara kami sepatutnya dijadikan bidang penting bagi merintis kerjasama kedua-dua pihak. Kami akan mengundang syarikat China ke sini untuk mencungkil potensi pasaran tempatan dan mencari peluang perdagangan baharu antara kedua-dua negara," tambah beliau.