"Komuniti Berkongsi Nasib" - Memacu Industri Melalui Pembinaan Infrastruktur
Pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Beijing bagi Forum Kerjasama China-Afrika Tahun 2018, Presiden China, Xi Jinping mengumumkan akan bersama dengan Liga Afrika memulakan penyusunan "Rancangan Kolaborasi Infrastruktur China-Afrika".
China sudah menyumbang ke pembinaan landasan keret api sejauh lebih 6,000 kilometer, lebuh raya sepanjang lebih 6,000 kilometer, lebih 80 kemudahan pembekalan elektrik dan hampir 20 pelabuhan di Afrika sejak tahun 2013.
Sebagai satu-satunya pelabuhan laut dalam di Cameroon, Pelabuhan Kribi berkapasiti menangani 250,000 TEU dan 1.2 juta tan kargo pukal setahun.
"Saya bekerja di Syarikat Kejuruteraan Pelabuhan China (CHEC) sejak tahun 2012, dan kerja ini boleh membawa pulangan yang besar kepada hidup saya." Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada CHEC yang mendatangkan peluang perkembangan yang tiada tolok banding. Saya berpuas hati terhadap kehidupan saya sekarang," kata seorang operator mesin setempat, Stephane.
"Peka akan hidup rakyat setempat adalah sebahagian yang tidak boleh dipisahkan daripada kebudayaan syarikat sepanjang perkembangannya. Penduduk tempatan di sini menyokong pembangunan berterusan syarikat kami," kta Yao Yao, penanggungjawab program "Illuminer Kribi".
Setakat 2023, operasi pelabuhan Kribi boleh membantu meraih pendapatan kastam bernilai USD760 juta (RM3.3 bilion) dan mencipta lebih 3,000 peluang pekerjaan.