China, Togo Naik Taraf Hubungan

2024-09-02 16:53:25  CRI
Share with:


Presiden China Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Togo, Faure Essozimna Gnassingbe yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC), pada Isnin.


Pemimpin dua negara mengumumkan hubungan China-Togo dinaik taraf kepada perkongsian strategik komprehensif.


Xi menzahirkan kesediaan China untuk terus meningkatkan kesalingpercayaan politik, memperluas kerjasama pragmatik dalam bidang seperti infrastruktur, pertanian, tali air dan kesalinghubungan, di samping memperdalam kolaborasi multilateral bagi menggalakkan perpaduan serta kestabilan rantau.

Sementara itu, Faure berkata beliau yakin sidang kemuncak berkenaan akan menyuntik momentum baharu kepada kerjasama Afrika-China, sekali gus memberi sumbangan baharu kepada keselamatan dan pembangunan serta kemajuan peradaban Afrika bahkan dunia.


Togo berhasrat memperkasa kerjasama dengan China dalam bidang infrastruktur, sains dan teknologi, ekonomi digital dan sebagainya.