Sokong Filipina, Ada Niat Tersembunyi

2024-09-03 15:15:05  CRI
Share with:

Perkhidmatan Tindakan Luar Eropah (EEAS) menerusi kenyataan pada Ahad membidas Pengawal Pantai China (CCG) melakukan tindakan berbahaya terhadap kapal Filipina di Laut China Selatan.


Sebelum ini, Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan kenyataan seumpama yang memfitnah kapal CCG 'sengaja melanggar' kapal Filipina.


Dalam hal itu, AS dan Kesatuan Eropah (EU) bertindak sama untuk menyokong Filipina dan melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap China.


Dalam masa hanya sepuluh hari sahaja, Filipina menceroboh masuk dan melakukan operasi menggugurkan bekalan dari udara sebanyak empat kali di perairan sekitar Terumbu Ren'ai  dan Terumbu Xianbin China.


AS dan EU bukan pihak berkepentingan dalam isu Laut China Selatan, maka mereka tidak berhak tunjuk ajar dalam perkara itu.

Di sebalik sokongan kepada Filipina, AS dan EU sebenarnya mempunyai niat tersembunyi.


Berada di lokasi penting 'first island chain' dan wujudnya pertikaian maritim dengan China, Filipina menjadi bidak bagi AS untuk menggerakkan 'strategi Indo-Pasifik' di Laut China Selatan.


Bagi EU pula, campur tangan dalam urusan Asia Pasifik adalah untuk memberi kolaborasi kepada strategi global AS, dan pada masa sama memperluas pengaruhnya di rantau berkenaan.


Walau apa jua sokongan diberikan mereka kepada Filipina, ia mustahil mengubah fakta bahawa Terumbu Xianbin merupakan sebahagian wilayah China, apatah lagi menutup tindakan provokasi Filipina yang mencabul kedaulatan dan hak maritim China.